Khamis, 22 Ogos 2013

GAMBAR DAN VIDEO NAHAS BAS JATUH GAUNG - Sebuah bas yang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu kota terjunam dalam gaung jalan genting - kl



KUALA LUMPUR: Sebuah bas yang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu kota terjunam dalam gaung setinggi 80 meter dalam kejadian di Kilometer 3.6 Jalan Genting - Kuala Lumpur kira-kira jam 2.46 petang tadi.
Bomba mengesahkan 37 maut dan 16 penumpang cedera.
Antara yang maut termasuk 24 lelaki dan 13 wanita manakala 11 lelaki dan 5 wanita cedera.

Mangsa cedera dihantar ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.
Usaha menyelamat mengambil masa ekoran keadaan bas tersangkut pada pokok di kedalaman 200 kaki.

Mangsa pertama merupakan seorang wanita Melayu berusia 20-an berjaya dibawa keluar kira-kira jam 3.30 petang.





BENTONG: Operasi menyelamat mangsa nahas bas penumpang ditamatkan kira-kira jam 8.25 malam tadi dan bangkai bas akan diangkat awal pagi esok oleh PUSPAKOM. 

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohd Mansor Mohd Nor, berkata operasi mencari mayat mangsa akan diteruskan unit anjing pengesan esok. 
"Kes masih dalam siasatan dan daripada tinjauan yang dilakukan keadaan jalan kering serta cuaca cerah. Ia mungkin disebabkan kecuaian pemandu ataupun masalah teknikal bas," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi. 




















 



SUMBER- ROJAK BLOGER,METRO,BHARIAN



Rabu, 21 Ogos 2013

Inilah Jalan Paling Bahaya Di Dunia

Jalan Yungas Utara, juga dikenali sebagai Bolivia's Death Road, sepanjang 38 km dari La Pa-(ibukota Bolivia) ke Coroico di daerah Amazon di kawasan Yungas, Bolivia.

Pada tahun 1995 Inter American Development Bank merekodkannya sebagai "jalan paling
berbahaya di dunia ". Dianggarkan 200-300 orang maut setiap tahun di jalan tersebut. Sepanjang jalan itu banyak salib didirikan menandakan tempat kenderaan-kenderaan mengalami kemalangan. Di akhir 2006, setelah dibina selama 20 tahun, sebuah jalan baru (by-pass) dari La Paz ke Coroico dibuka untuk umum. Jalan baru ini menyifatkan pembinaan moden (jambatan, perparitan, dll), jalur ganda, kaki lima, pagar keselamatan dan banyak lagi.





R4BIA - Maksud Simbol Empat Jari Yang Popular Di Facebook =D

Pergolakkan yang berlaku di Mesir ketika ini semakin menjadi-jadi berikutan pihak berkuasa Mesir kini mula mengambil tindakan kekerasan ke atas para penyokong pro-Morsi..Pelbagai slogan dan simbol turut digunakan bagi menyatakan sokongan terhadap perjuangan mereka dan yang paling popular adalah penggunaan simbol empat jari yang makin tersebar di alam maya..Nak tahu apa makna simbol empat jari tersebut, meh usha kat bawah ni.. 



Simbol R4BIA juga turut dikenali sebagai simbol Rabaah, jadi, apa maksud Rabaah itu?

Rabaah yang mmbawa maksud empat. Asal dari perkataan nombor arab Arbaah. Di Mesir Medan yang digunakan untuk berhimpun selepas tentera merampas kuasa adalah di hadapan Masjid Rabiatul Adawi’ah iaitu di Medan Rabaah. 

Di Mesir kebanyakkan tempat atau daerah menggunakan istilah nombor dan mereka menggunakan simbol isyarat jari dalam urusan seharian terutama dalam pengangkutan awam. 

Sebagai contoh Hayyu Asyir (Daerah 10), Hayyu Sabiek (Daerah 7) biasanya guna simbol peace V, Hayyu Sadis (Daerah 6), Hayyu Thamin (Daerah biasanya guna simbol atau isyarat V terbalik dan lain-lain lagi.

Simbol ini juga dipopularkan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan yang bermaksud “Mesir, Kami Bersamamu”.



Sumber: OmakKau!

Koleksi Bibir Silikon Yang Menjengkelkan! (10 Gambar)

Bibir-bibir awek-awek nie memang terbaik untuk diri mereka dan mungkin mereka nie tak tahu orang yang memandang bibir mereka nie dah macam ikan buntal pun ada. Ada yang pakai gincu macam water colour pun ada! Oh My Godnesssss!




Banyak lagi gambar awek yang mempunyai bibir-bibir persis Angelina Joliekononnya... Fail!










Amacam? Berkenan yang mana satu? Hahaha! Lips Kiss Kiss!

Rozita Che Wan Dulu & Sekarang



Rozita Che Wan sekarang nie kian meniti bibir namanya di setiap peminat utamanya lelaki. Ye ke?




Tapi tahukah anda dan pernahkah anda melihat bagaimana wajah selebriti yang berstatus janda cun ini sebelum bergelar artis? Gambar di atas adalah Rozita yang menghiasi majalah Remaja semasa berusia 19 tahun.



kredit gambar kahwin : zonartis.com

Manakala gambar ini pula adalah gambar perkahwinan Rozita Che Wan dahulu. Berbeza kan dengan wajah dahulu dan sekarang? Sekarang nie semakin mantap kot? Hehehe...



Yay! Memang semakin mantap dan semakin cun! Oh Rozita Che Wan!!!

Jawapan Isu adegan ranjang Marsha Milan Londoh dan Wan Hanafi Su dalam filem LAGA,Ia pendidikan seks, bukan porno


MARSHA tidak kisah berkemban atau melakukan aksi 'panas' di dalam sesebuah naskhah, asalkan dia berasa selesa. ( Sumber kosmo! )

FILEM Laga belum pun menemui penonton kerana dijangka berada di pawagam pada tahun depan. Bagaimanapun, filem yang mengisahkan permainan sabung ayam itu terlebih dahulu mencuri perhatian apabila sedutan filem itu yang memaparkan babak ranjang mula tersebar di internet.
Walaupun babak ranjang antara aktor tersohor, Wan Hanafi Su dan pelakon jelita, Marsha Milan Londoh diselitkan dalam durasi yang cukup singkat, namun babak atas katil dengan Marsha hanya berkemban itu tetap menimbulkan persoalan.
Mungkinkah pengarah, Ismail Yaacob mempergunakan babak tersebut untuk menarik perhatian penonton ke pawagam, walhal filem itu dibarisi ramai pelakon handalan lain seperti Nasir Bilal Khan, Eman Manan, Ruminah Sidek, Syazwan Zulkifli, Zaidi Omar, Rosyam Nor dan Fadilah Mansor.
Bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut, ikuti temu bual Kosmo! bersama Wan Hanafi Su dan juga Marsha yang bergandingan sebagai suami isteri dalam filem itu.
Kosmo!: Sedutan filem Laga ada memaparkan babak atas katil antara Marsha dan Wan Hanafi Su yang menunjukkan anda berkemban. Adakah Marsha bersedia dengan impak penerimaan orang ramai?
MARSHA: Nama pun berlakon, jadi apabila berada dalam set penggambaran, saya profesional. Saya tidak fikir orang akan mempertikaikan kerana babak tersebut sebenarnya tidaklah seperti orang fikirkan.
Anda banyak berkemban dalam filem itu, tidakkah anda rasa diri anda dieksploitasi untuk melariskan filem?
Saya tidak pernah rasa diri dieksploitasi sebagai pelaris filem kerana sepanjang penggambaran, termasuklah babak itu, saya cukup selesa. Terpulang kepada penonton mahu menilainya tetapi nasihat saya, tonton dahulu filem ini sebelum menghentam hanya kerana satu babak panas itu sahaja.
Adakah pengarah memberitahu anda terlebih dahulu tentang adegan panas itu sebelum penggambaran bermula?
Sebelum penggambaran bermula, pengarah awal-awal sudah beritahu saya terdapat babak atas katil bersama Wan Hanafi Su. Dia menerangkan kepada saya tentang syot dan keperluan babak itu secara terperinci. Sebagai pelakon, saya juga tidak mahu masalah timbul di kemudian hari hanya kerana satu babak itu.
Sebagai pelakon, sejauh mana anda meletakkan had apabila diminta melakonkan aksi ranjang mahupun berpakaian seksi dalam filem?
Paling penting saya harus selesa dengan babak dan pakaian yang diberikan. Jika saya tidak selesa, saya tidak akan melakonkan babak yang diminta pengarah. Bagaimanapun sebagai pelakon, saya harus fleksibel.


WAN HANAFI SU mahu penonton jangan terus menjatuhkan hukuman terhadap lakonan ‘panas’nya bersama Marsha.


Pengalaman anda berlakon dengan Wan Hanafi Su?
Terus terang ini pengalaman pertama dan peluang yang saya tidak akan lepaskan. Dia seorang pelakon yang hebat dan banyak mengajar saya di set penggambaran. Malah disebabkan dia, mudah untuk saya melakonkan babak-babak yang agak berat.
Kosmo!: Adakah Wan Hanafi Su sedar babak atas katil bersama Marsha bakal menimbulkan kontroversi apabila filem itu dikeluarkan?
WAN HANAFI SU: Ingin saya tegaskan, babak itu bersifat mendidik bukannya nampak seperti filem porno. Ini kerana dalam skrip sebelum babak itu, bidan ada katakan, jika ingin dapat anak harus mengangkat kaki isteri tinggi-tinggi, jadi hanya babak itu yang dipaparkan. Tidak ada sebarang babak ghairah seperti yang difikirkan orang ramai.
Bagaimana pula impak kepada anda sebagai pelakon handalan, tidakkah babak itu menjejaskan imej anda?
Saya okey sahaja, memang sepanjang kerjaya lakonan inilah kali pertama dan saya gembira dapat melakonkan babak sedemikian. Rasanya selepas tonton sepenuhnya filem ini, tidak akan ada sebarang impak negatif kerana saya bukannya melakonkan babak rogol.
Adakah keluarga anda tahu tentang babak itu?
Alhamdulillah, keluarga saya amat memahami kerjaya saya sebagai pelakon, mereka menerimanya dengan baik. Saya harap penonton membuat penilaian selepas mereka menonton bukanlah berdasarkan triler sahaja kerana saya sendiri seronok melihat hasil filem ini di bawah arahan Ismail Yaacob.

Sumber kosmo!

Isnin, 12 Ogos 2013

9 Kisah Pelik Tentang Payudara Silikon

  1) Ular Mati Kerana Tergigit Silikon Model Orit Fox tgh pegang seekor ular ni kat 1 rancangan TV nie, tah mcm mna ular tu tiba2 mengganas lak dan menggigit payudara model nie. Orit Fox dikejarkan ke hospital tapi selamat, ular tu lak yg mati kerana keracunan Silikon. Adeiiii, kes cmni pon ada...

 2) Silikon Dicampur Abu Suami Setelah suami mati dlm 1 eksiden nie, seorg isteri ni nama Sandi Canesco memasukkan abu mayat suaminya ke dalam silikonnya utk memastikan suaminya "sentiasa dekat di hatinya"

 3) Tawarkan Hadiah Pembedahan Payudara Yg nie kat Venezuela lak, kerana x cukup duit utk berkempen, seorang ahli politikbernama Gustavo Rojas membuat cabutan bertuah @ menjual tiket2 loteri di mana hadiah utamanya adalah pembedahan payudara secara percuma.

 4) Terselamat Dari Tembakan Lydia Carranza ni tgh keja kat opis dia kat Los Angeles, tetiba ada amukan guna senapang lak. Dia terkena tembakan tapi selamat kerana peluru tu x sempat nk kena jantung dia sb tersekat kat Silikon dia.

 5) Terkenal Kerana Kekuatan Silikon Kalo korang tgk America's Got Talent msti korang akan perasan ada 1 pompuan nie guna payudara dia utk memecahkan sebiji tembikai dan beberapa keping jubin guna payudara dia.

 6) Doktor Memaparkan Gambar2 Pesakit Yg Lari Seorang doktor bedah kat German ni akan paparkan gambar payudara pesakit2 dia yg lari setelah membuat pembedahan. Ha3, dh buat pembedahan xnk bayar lak, bengang la doktor tue.

 7) Terselamat Dari Kemalangan Seorang wanita di Bulgaria terselamat dari kemalangan maut apabila Silikonnya bertindak sebagai airbag apabila kemalangan tu berlaku.

 8) Pengsan Di Lapangan Terbang Seorang wanita Rusia yg dalam perjalanan menaiki kapal terbang dr Moscow-LA, pengsan sebaik ja sampai kat lapangan terbang LA. Setelah disiasat rupa-rupanya Silikon dia pecah.

 9) Tipu Untuk Buat Pembedahan Seorang wanita kat Texas tipu kawan2 dia kononnya dia ada barah payudara, siap cukur rambut bg botak bg nmpak mcm kena kesan Kimoterapi. Kwn2 dia yg kesian dgn nasib dia nie tolong la kutip derma sampai $ 10,000 utk bantu dia. Rupa-rupanya dia guna duit tue utk besarkan payudara dia, isk3. Akhirnya dia dia ditahan atas tuduhan menipu, padan muka.