KUALA LUMPUR: Sebuah bas yang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu kota terjunam dalam gaung setinggi 80 meter dalam kejadian di Kilometer 3.6 Jalan Genting - Kuala Lumpur kira-kira jam 2.46 petang tadi.
Bomba mengesahkan 37 maut dan 16 penumpang cedera.
Antara yang maut termasuk 24 lelaki dan 13 wanita manakala 11 lelaki dan 5 wanita cedera.
Mangsa cedera dihantar ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.
Mangsa cedera dihantar ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.
Usaha menyelamat mengambil masa ekoran keadaan bas tersangkut pada pokok di kedalaman 200 kaki.
Mangsa pertama merupakan seorang wanita Melayu berusia 20-an berjaya dibawa keluar kira-kira jam 3.30 petang.


BENTONG: Operasi menyelamat mangsa nahas bas penumpang ditamatkan kira-kira jam 8.25 malam tadi dan bangkai bas akan diangkat awal pagi esok oleh PUSPAKOM.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohd Mansor Mohd Nor, berkata operasi mencari mayat mangsa akan diteruskan unit anjing pengesan esok.

SUMBER- ROJAK BLOGER,METRO,BHARIAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan